Hari ni aku akan cerita agenda yg berlaku hari ni.
Omg. Aku rase hari ni hari paling bahagia utk aku. Sangat2 bahagia!
*Aku rase setiap post aku rase bahagia, kan? Heeks!
Nak buat cano, dah memang aku rase happy kan.
Sooooooooo..
Hari ni hari sabtu. Esoknya hari ahad.
Esok mr.annoying akan balik ke hutan die. Which is uitm die.
So i'm planning to do something special before he leave.
Kire mcm something to do together and do something special with him before die pergi tinggalkan aku.
Actually aku rase ni hadiah dari aku or pemberian utk appreciate relationship aku dan die slame ni.
So, hari isnin lepas penat aku dok pikir nak buat ape hari sabtu ni. Bende special kan?
And then BAM!!! Otak aku pun terfikir utk pergi ke sunway lagoon. Why not???
Last kitorang pergi pun waktu kitorang umur 18 tahun. Sekarang dah 23. Lame la kan?
And last ktorang pergi sunway tu agak x best sikit sebab that time mood aku x betol.
Dok sedih and stress je sbb mase tu aku tgh bercuti dari plkn. Cuti seminggu rasenye.
Bayangkan cuti seminggu dari plkn tu aku jumpe mr.annoying sehari je.
Itu pun janji dengan die jumpe kat sunway lagoon.
And that time, die bayarkan sume bende. Sekali masuk that time aku x ingat brape ringgit.
Tapi that time sume ditanggung oleh die la.
Bayar penuh untuk mandi and main game sekali. Tapi last2 aku xde mood nak mandi and main game sume.
Kesian die. Dah bayar penuh tapi gf pulak xde mood nak main.
Seriously everytime fikir pasal tu aku akan rase brsalah. Sebab bukan senang die nak dpt duit time tu.
Penat kerje. Then aku pulak bazirkan mcm tu je. Aish teruk nye aku ni dulu.
So this time, aku nak repay balik sume tu. Aku nak gantikan balik moment tu and duit die.
And aku nak buat die sangat2 happy and enjoy kali ni. Because aku sgt2 hyper hari ni. Hihiii
Hari ni kitorang pergi ke sunway lagoon.
Actually pagi tadi aku bangun pukul 8 sebab nak hntar ayah ke airport.
Sunway pulak bukak pukul 10 pagi. So sempat la aku nak balik rumah jap then baru pergi.
Sampai rumah je, aku terus capai beg yg aku dah sediakan. Dlm tu ade towel, baju, seluar dan etc.
Tepat pukul 11 pagi aku dah sampai depan umah mr.annoying.
Then kitorang brgerak ke sane. Dlm kereta tu jgn ckp la aku excited camne.
Serius asyik tersengih je. Kaki, tangan sume x leh duk diam. Jadi excited and x sabar. Heee!
Tibe nye di sane. Firstly, bayar untuk masuk. RM 90 sorang.
Kali ni sume bayaran disupport oleh aku. Sbb aku nak repay balik jasa mr.annoying dulu.
Hari ni aku nak make sure die sangat2 happy and enjoy. Aku nak die release tension and x stress ape2.
Pertama sekali, kene sewa locker. Kitorang amek locker rm15 so that ko boleh bukak bile2 mase ko nak.
Kalau locker rm5 ko just boleh bukak sekali. And tadi aku pegi tak nampak pulak locker rm5 tu katne.
System bukak locker die sgt cool. Ko just perlu scan je tag dekat tangan tu pd scanner die.
Automatic pintu locker ko akan dibuka sendiri. Cam best pulak kan. Hehee.
Secondly, kitorang pergi ke amusement park dulu. Untuk main game yg kering2.
Aku prefer kering dulu before basah. Nanti baru best berendam kalau dah penat2 kan.
Nak ke amusement park tu pulak kemain tinggi lagi! Macam mendaki bukit. Dah la skrg musim panas.
Mengah la skejap naik atas tu.
First game kitorg main is yg roller coaster tu. Memang sejak azali lagi bende tu ade kat situ.
Dari darjah 1 aku slalu main roller coaster tu dengan ayah. Tak sangke ade lagi.
Memang mengimbau kenangan betul.
Naik tadi pun rase mcm x puas.Sbb sekejap sgt. Tapi ok la skadar nak warm up kan.
Laju la jugak. Sampai terangkat badan ni. Nasib baik ade belt.
Thirdly. Jeng jeng. Aku berjaya masuk ke Scream Park!
Gile lah, selame ni aku curious sangat bende tu. Teringin nak pergi.
Sekali bile depan mate, rase takut pulak nk masuk. Sebab hantu die pun dah berlegar kat luar.
And theme kali ni is World War Z. Iaitu ZOMBIE!!
Fyi, aku peminat setia zombie. Semua cerite zombie wajib aku tengok.
Aku sangat adore menatang even i donno why. Game ke, movie ke memang aku suka sgt zombie.
Ok back to the story. Selepas memikir byk kali, aku yakinkan diri utk masuk ke rumah tu.
Yelah, dah alang2 ko masuk sunway, ape gune tak merasa pengalaman masuk rumah tu kan.
Pengalaman masuk dlm tu masyaallah..
X tahu la seronok ke, disaster ke, seram ke, trauma ke, sakit ke and macam2. Sume tu aku rase!
Bile masuk ramai2 dlm rumah tu. Orang tu akan asingkan 8 org into satu group.
Aku pulak baris yg kedue. Depan aku ade pasangan melayu and belakang aku sume prmpuan chinese yg mulut kepoh and gelabah gile. Aku memang sakit hati dengan dorang. Ish!
Perjalanan dlm rumah tu panjang gile. Byk fasa. Sampai aku pun dah fikir bile nak habis ni.
Sumpah scary gile. Bukan scary sebab hantu die. Scary sbb affect die and cara hantu tu terperanjatkan org.
Sampai kdg2 ko x tahu pun hantu tu ade kat situ sbb pakaian dorg same ngn dinding.
Then, dorang sembunyi sebalik pintu. Dah la beribu pintu dlm tu! Apak die!
Aku pulak setiap kali nmpk pintu aku ubah position brlawanan dari pintu tu.
Biar mr.annoying tu yg jalan sbelah pintu tu.
And x lupe juga ade banyak pocong dlam tu!
And zombie die dlam cage. And suddenly, die akan keluar cage utk kejar korang dari belakang.
Ha, pasal chinese girl blakang tu aku tu. Dah la bsing gile!
Lepas tu bile takut, dorang boleh plak tolak2 orang depan bagai nak rak. Dah la mulut kepo gile.
Macam cine kampong punye bising. Bukan aku racist, tapi memang teruk la segelintir dorg ni.
Tengah tolak2 tu dorang boleh tarik2 baju aku and mr.annoying tu.
Mamat tu pulak smpai dah nk tercekik dengan baju die. Lpas tu kuku kaki die smpai dah pecah sbb pasal tolak tu. Terbelah kuku kaki die. Byangkan la sakit camne. Huh!
Dah, malas nk cite panjang. Buat sakit hati aku je aku pikir group tu.
Selepas tu, kitorg plan nak naik kipas yg terbalik tu. Tapi tah camne malas gile nak jalan lagi atas.
Dengan kuku mr.annoying tu dah pendih. Aku pulak dah penat nak mandaki lagi.
So kitorg decide nak turun jela ke zoo.
Bawah tu ade wildlife. Di mane korang akan jumpe binatang2. Kire zoo la.
Dalam tu penuh binatang yg korang x pernah jumpe. Pelik2. Then ade jugak la pet yg biase.
Mr.annoying bahagie la dlm zoo tu sebab byk kawan2 die. Hahaa..
Iaitu kure2. Die tu penggemar spesis kure2. Dlm tu bapak berlampak kure2. Excited nor mamat tu.
Kemudian, kitorang ke extreme park. Extreme park ni byk bende yg korang kene bayar utk main.
Die x termasuk dlm pakej. Mainan die pulak gile gempak.
Aku pulak memang plan sangat3 nak main game yg macam bola dilambung tu.
Ya allah, memang aku plan sangat2 nak main. Then nak main pulak kene bayar rm 60 utk 2 orang.
Aku dah target lepas mandi nanti aku nak main bnde alah tu. Wajib cube.
Yg si mr.annoying pulak dah kate jangan. Sbb mahal kan. Die pulak xnak aku bazirkan duit.
Aku pulak memang dah excited nak naik bnde tu. Sabar jelahhh..
Then kitorg just main paintball je. Itu free. Ade jugk la experienced kan. Heee.
Ni saat2 yg dinantikan. Iaitu MANDI!!!! Yeay!!!
Aku dan mr.annoying mula kan pencarian nak cari game yg best2.
Meluncur bagai kan.
Ape yg aku boleh ckp kat sini is, sume game air die memang BEST! TERBAIK!
Tak menghampakan langsung.
Sume bestt. Sampai kitorang naik 2 3 round lagi. Sanggup beratur panjang2 even tinggi mane pun.
Pada korang, wajib main game air die. Sumpah best. Tak menyesal and berbaloi sangat2.
Yang paling3 best is gelongsor yg kaler oren yg paling terbesar kat situ.
Omg. That thing is the best out of the best. Paling terbaik!
Aku memang bagi 5 Star terus!! Kitorg naik berkali2. Sumpah best.
Lepas meluncur bagai. Kitorang ke 5D cinema.* aku x tahu ape name sbenar die.
Dlm tu, korang tgk movie 5D iaitu, pakai spec 3D tu and korang wajib basah dalam tu.
Dorang akan tayangkan cerita yg korang rase real.
Memang habis kene sembur air. Berhabisan aku menjerit dlm tu sbb nak lari dari animasi die tu.
Siap ade ular nak kejar, ade lanun, ade api, ade duyung, ade pedang ape sume.
Seat pulak bergerak2 bagi rase real. Memang terbaik sangat3.
Sebijik mcm kat legoland. Tapi legoland punye x la smpai basah.
Terakhir sekali aktiviti berenang bebas, relax dan penghabisan.
Aku dan mr.annoying ke surf beach utk berenang bebas.
And one thing yang aku sgt2 happy hari ni. He teach me how to swim!
Aku dah boleh menyelam lame. And dah kurang rase panic.
Bayangkan selame ni aku mandi dgn die kat mane2 pun, aku x kan dpt blajar.
Even die ajar aku byk mane pun, aku xkan boleh.
Tah mcm mane hari ni, aku kumpul semangat utk tak takut and cabar diri aku.
And die pulak x putus2 ajar aku. Thank you master. U are the best bf! ^^
Aku dah boleh menyelam, berenang sikit2 and terapung.
Sbelum ni aku x boleh buat sume tu sbb aku panic cepat. Bile panic, aku kene bernafas cepat2.
Hari ni aku dah blaja relax kan diri and try cabar diri aku and out of my comfort zone.
Congratulation Lea :) I'm proud of u
Akhirnya kitorang keluar dari sunway tu pukul 6. And pasal bola lambung tu aku tak dpt nak main sbb hari pun dah lambat, and that time badan aku mule rase penat and kepale aku dah start nak pening.
So lepas mandi and tukar baju tu kitorang pun pulang.
Lepas hantar die balik, aku pun smpai ke rumah dlm pkol 7.
Kesimpulannya...
Wlaupun balik dlm keadaan penat dgn mr.annoying, dlm hati aku rase lega sbb akhirnye aku dpt balas pemberian die pd aku dulu. Aku dah repay jasa and duit die pd aku dulu. I felt relieve.
And hari ni hari terbaik utk aku sbb aku dah sdaye upaya utk gembirakan die. Buat die happy.
Buat die hilang stress kejap. Buat die jerit and enjoy bagai hari ni. I am so grateful.
Mahal tu untuk tengok die senyum and ketawa puas2.
And hari ni pun last aku jumpe die bfore die balik ke sane, so aku nak cipta memori ni yg harap die x lupe.
And i know, bile die dah pergi sane life kitorg akan brubah sikit.
Which is akan ade upcoming pergaduhan bagai and so on.. We cant change that.
Lagipun kau ade gf yg somtimes panas baran jugk niii.. Haha
Aku appreciate hari ni sbb dpt tgk die ketawa gelak happy.
Something about his smile yang aku suke if aku yang buat die senyum or ketawa.
And that happy expression on your face bagi aku sgt2 mahal. Susah nak nampak. I can see the real one :)
Thank you for what u did today.
Thank you melayan perangai gf anda yg sometimes gile ni.
Thank you for enjoying this day happily.
Thank you for the time..
Thank you for teach me how to swim..
Thank you for understanding..
Thank you for all what u did for the past and present.
Thank you for loving me..
Thank you for being with me all these while..
And lastly thank you for entering my life.
Honestly i dont know what i'll do without u..
Because my life is always full of u. Every page of my life there's always be with u.
Bawah ni aku tunjuk sikit gambar di sunway yg aku ambil dari google.
*Gambar kitorg lgsung xde sbb hp masing2 ltak dlm locker. Dpt simpan memori dlm otak jelah.
Scream Park:
Muke2 si hantu zombie
Ni ha tempat yg penuh dengan cik pocong2.
Ni lah zombie yg akan duduk dlm cage and takutkan orang, and suddenly die akan keluar and kejar ko dari belakang. Beware! Hehehe
Aku paling benci atas ni. Muncul sebalik pintu. Tibe2 die sergah, terlolong aku. Arrhh!!
Water Park:
Ini best. Ade 3 gelongsong. Pilih la mane laluan korang nak. Yg ni aku kasi 4 star.
Aku dan die naik 2 kali.
Yang ni pulak ko surf dalam keadaan meniarap. Time ni mulut aku penuh dengan air. Sbb laju je air masuk mulut. Kalau seluar longgar confirm londeh. Hahaa
Aku bagi 3 star.
Yang ni pulak best jugak. Tapi sekejap and pendek sgt. Not bad la. 4 Star jugak.
Ni pulak yang 5D tu. Best gile. Sejuk ya amat dengan air bagai. Dengan seat and animation die. 5 Star!!
Yang ni pulak wajib sangat2 naik! Kalau x naik memang rugi. Ni lah bende yg aku rase paling best dlm dunie. Kalah sume game dalam dunie ni. 5 Star aku bagi!
Sumpah best gile!!
Yang ni lah si bola lambung yang aku kepingin nak naik sangat. Adui, frust tengok gambar.
Memang aku mengidam sangat nak naik. Haiii...
Name die G force X
Xpelah, next time..
Aku janji aku naik jugak satu hari nanti. Wajib!

































