Hari ni aku buat 2 post sebab kebuntuan. Takde idea nak buat ape.
Kekeringan idea and x tahu nak buat ape dengan hidup ni.
So, aku tambah lagi satu post. Hehee..
Okay! Kali ni nak cerita pasal pembuatan kad pengenalan.
Last week, mama dok bising2 ajak aku teman die buat i.c
Yelah sekarang kan kene buat ic baru. Plus cip kecik kat ic mama tu rosak.
So, most of the bank tak dapat nak trace cip I.C die.
So nak x nak, kene lah buat jugak i.c baru kannnn.
Sambil tu die pun ajak aku buat i.c baru kan. Dah alang2 kan.
Tahu kan i.c baru tu macam mane?
Akan ade dua gedabak muka kau kat depan i.c tu.
Dan mama ade ajak buat kat puchong. I was like ha?? Ade ke tempat buat ic kat puchong?
Hahaa.. See? Aku pun x tahu.
Actually ade, cume x ramai orang tahu kot. And dengar khabar, klau buat kat sane, ic akan siap dlm 2 minggu. Lame tuuuuuuuuu...
Aku pun teringat, dulu aku penah buat ic kat putrajaya. Sehari je beb!
Kau datang buat. Esok datang amek.
Oh lupe, bayaran RM 10.
So better buat kat putrajaya kan? Sekejap je siap.
So, nak dijadikan cerite.
Last wednesday aku, mama and mr.annoying pun buat rombongan ke sane.
Kitorang pergi bertige dengan nervousnye. Hahaha.. Tah hape yg nervous.
And luckily, mr.annoying pernah ade event kat area2 situ. So dia tahu la jalan sikit2.
Sepanjang dalam kereta, mama pun ade jugak la mengusik mr.annnoying tu.
Aku x tahu la ape die rase kan. Nervous ke hape. Padan muke die. Hahahaa!!
Mase tibe die sane pun boleh kate dalam 25 minit kot tunggu nombor.
Boleh tahan lama la, tapi selesa. Tempat pun bersih and tenang. Hoh, ayat kemain!
Lepas tiga2 dah tangkap gambar, kitorg pergi makan kat kafeteria kat sane.
Kerana perut mama mula bernyanyi2 dan die ajak makan.
Sedap kot sambal belacan die! Menangis2 aku makan. Hahaaa. Tapi serious sedap!
And right after makan, kitorang pun beransur pulang.
Dan atas permintaan mama, dia kate nak singgah ioi jap. Nak pergi kamdar.
So, drive la ke sane.
Sementara mama pergi kamdar, aku dan mr.annoying merayap ke daiso.
Keesokan hari nya, aku dan mr.annoying sahaja yg pergi ke JPNM tu untuk amek ic ktorang.
Mama tak ikut sebab malas. So dia wakilkan aku utk ambil.
And berdasarkan kat situ, ahli keluarga saja yg boleh jadi wakil.
Kalau orang luar, perlu bagi surat.
Peringatan!!
Okay itu saje! Babaaaaaiiiii!!


No comments:
Post a Comment