Hamutaro

Friday, 15 February 2013

15 Tanda-tanda Hubungan Cinta Sudah Retak



1. Terdapat sms yang bernada mesra di dalam inbox telefon pasangan anda. Atau, inbox dan sent items sentiasa kosong walaupun memory card tidak full. Malahan pasangan juga akan memarahi sekiranya anda meneliti telefon bimbit mereka.

2. Pasangan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook, Friendster dan lain-lain lagi. Kekerapan pasangan dengan laman sosial melebihi jumlah kebersamaan anda dengan mereka.

3. Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.

4. Tiada lagi ungkapan kasih sayang atau panggilan mesra seperti sebelum ini. Pasangan juga semakin acuh tak acuh kepada anda. 

5. Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan. Mahukan kebebasan sendiri.

6. Suka memarahi, memburuk-burukkan  pasangan. Pasangan juga tidak mahu mengalah sekiranya berlaku persengketaan.

7. Menjadi seorang pendengar yang gagal! Apabila tidak ada pihak yang mahu menjadi pendengar ketika perbincangan, maka di situlah timbulnya bibit-bibit keretakan.

8. Semakin melupai tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan hari jadi pasangan. Tambah teruk, pasangan juga semakin berat tulang menghadiah dan memberikan penghargaan kepada kamu.

9. Jarang atau mungkin tidak pernah memberitahu alasan pergi ke mana-mana, mengapa pulang lewat.

10. Pertengkaran sering terjadi meski pun ianya cuma disebabkan oleh masalah yang kecil. Ada sahaja kesilapan yang cuba diselongkar oleh pasangan untuk mencetuskan api pergaduhan sehinggakan kedua-dua belah pihak merasa lebih baik ketika tidak bersama. 

11. Mula merasa lebih senang dengan orang lain. Lebih gemar mengadu masalah dengan orang lain daripada pasangan. Sejujurnya apabila anda merasa lebih tenang bersama orang lain berbanding pasangan.

12.  Anda mula mengungkit-ungkit keburukan pasangan. Pasangan tak jaga badan, pasangan tak pandai masak, pasangan mengabaikan, sebenarnya dia mencari alasan untuk mencari yang lain.

13. Tidak selesa untuk keluar bersama. Jika ingin keluar bersama, cuba mencari tempat-tempat yang tak ramai orang, rahsia dan tersorok. Lebih suka main sms atau telefon daripada berbual bersama. Mahu pulang ke rumah dengan segera.

14. Mula berkeras dengan pasangan, Naik tangan dan maki hamun.

15. Tidak boleh tengok muka masing-masing rasa nak marah. Mengelak daripada berjumpa. Rasa sakit hati kalau tengok wajah pasangan. Sudah tidak mahu berusaha lagi untuk baikkan hubungan. Rasakan lebih baik berpisah.


#Copy from someone's blog.

Ayat yg di BOLD kan is exactly happening between me and him. 

No words to say..

No comments:

Post a Comment