Hye peeps!
Hari ni aku akan berbicara tentang kisah cinta 3 insan yg berbeza.
Berbeza kisah. Berbeza duka. Berbeza konflik. Berbeza dugaan.
Insan Pertama
Kedua pasangan ini merupakan rakan kepada aku dan mr.annoying.
Si lelaki sudah merisik si gadis. Dirancang pula untuk nikat khitbah pada tahun ini.
Namun, mungkin apa yg dihajati tidak kesampaian.
Kala ini, pasangan ini menghadapi dugaan yg melibatkan sihir dari benda halus.
Punca berlaku dari ketidakpuasan dan cemburu dari bekas kekasih si lelaki trsebut.
Si gadis menjadi mangsa yang paling teruk sekali.
Siang malam badan menggigil dan meracau serta badan kesejukan sambil ternampak pelbagai kelibat.
Di matanya terlihat kelibat bayangan bekas kekasih lelaki tersebut.
Malah kelibat perempuan itu turut masuk ke dalam mimpinya.
Gadis itu diserang teruk pada rahimnya.
Kesakitannya seperti senggugut, cuma apa yg dilaluinya adalah setiap hari sejak mendapat penyakit itu.
Kepala dan kaki terasa seperti dicucuk dgn beribu2 jarum.
Pabila azan badan menjadi mengigil dan takut.
Badan semakin susut dan mata semakin membengkak. Selera makan makin menjauh.
Disebabkan ini, si gadis memutuskan utk menutup semua sosial media nya.
Termasuk facebook, twitter dan instagram. Serta whatsapp juga tidak dipamerkan gambarnya lagi.
Kerana sihir ini dihantar melalui gambarnya untuk dijadikan sasaran.
Keluarga menghantar si gadis pd ustaz utk berubat, ustaz hanya mengeluh dan menunda perubatan.
Katanya perlu dibawa sekali kawan2 ustaz tersebut disebabkan sihir ini terlalu kuat. Perlukan tenaga yg byk.
Si gadis dan keluarga hanya mampu berdoa agar ustaz dpt mengubat dan membuang sihir ini.
Si lelaki.
Telah disihir dengan perasaan benci yg membuak kepada gadis itu.
Disemai kembali rasa rindu dan sayang kepada bekas kekasihnya.
Menjadi gila bayang kepada bekas kekasihnya yang lalu.
Menghantar pelbagai mesej dan inbox kepada perempuan itu untuk menerimanya kembali.
Si lelaki merayu untuk menerimanya kembali, malah berjanji untuk memutuskan hubungan dgn si gadis itu.
Si bekas kekasih menerima dan gembira dgn kembalinya si lelaki itu.
Malah, memberi masa sebulan untuk si lelaki memutuskan segala hubungan dgn gadis tersebut.
Termasuk keluarga dan risikan yg dihantar pd gadis itu.
Si lelaki menjadi gila bayang dan berjanji membuat apa yg dikhendaki oleh perempuan itu.
Si lelaki juga berjanji untuk mengikat pertunangan dgn si perempuan itu secepat mungkin.
Suatu malam,
Oleh kerana layanan yg hambar, si gadis berkeras utk berjumpanya pd satu malam.
Pergi ke rumah sewa lelaki itu dengan perasaan yg kecewa dan mahu brtanya beribu soalan ats perubahannya. Si lelaki dlm keadaan meradang, menengking si gadis itu dan memutuskan ikatan mereka.
Si gadis menangis dan bertanya apakah lelaki itu sedar mereka sedang sakit dan disihir?
Apakah si lelaki sedar dia telah disihir untuk membencinya?
Padahal pd masa yg lalu, si lelaki itu sangat membenci pada bekas kekasihnya.
Si gadis menenangkan si lelaki, dan bertanya adakah dia bersolat penuh kebelakangan ini?
Si lelaki menjawab, dia sudah lama tidak bersolat.
Si gadis terkejut. Lantas menyuruh si lelaki bersolat penuh selepas ini.
Seterusnya si gadis dan si lelaki dibawa oleh keluarga utk berjumpa dgn ustaz.
Ustaz berjaya mengubati si lelaki dari angau dan gila bayang pd bekas kekasihnya. Dengan syarat, solat wajib ditunaikan serta doa2 harus dibaca untuk melindungi si lelaki dari kembali semula pd perempuan itu.
Alhamdulillah si lelaki dapat diubati.
Si gadis, masih tidak dapat diubati.
Ustaz hanya dapat memberi nasihat utk membaca ayat2 pelindung yg kuat. Dan ustaz berkata dia akan mencari jalan untuk menyembuhkan si gadis itu.
Di hari yang lain, si lelaki dan si gadis berpakat untuk melihat sama ada benar atau tidak sihir itu dihantar oleh bekas kekasihnya. Walaupun banyak bukti, mereka masih mahu menguji kerana takut menfitnah org yg tidak bersalah.
Si lelaki menghantar mesej kpd bekas kekasihnya mengatakan dia pening2 kepala dan merasa ada benda yg mengacaunya selama ini.
Si perempuan membalas dengan acuh tak acuh.
Tidak memperdulikan si lelaki itu, malah dibalas dengan kata2 rinduan dan manja.
Kemudian si lelaki mengatakan dia mahu berjumpa ustaz kerana rasa ada yg tidak kena serta rasa dirinya diikuti makhluk halus.
Si perempuan mula kecut, dia mngarahkan si lelaki berjumpa dgn dia dahulu sbelum brjumpa ustaz.
Si perempuan itu berada di kolej nya di perak pada ketika itu.
Dia berjanji akan menaiki bas yang paling awal utk berjumpa dgn si lelaki. Dengan syarat, si lelaki berjumpa dgn nya terlebih dahulu.
Si lelaki tidak menjawab mesej.
Si perempuan call berkali2 dan menghantar mesej dgn tidak henti.
Takut bercampur perasaan marah jika si lelaki itu berjumpa ustaz terlebih dahulu.
Si lelaki telah mem'block' nombor perempuan itu. Si perempuan tidak dpt call dan mghantar mesej lagi.
Di saat itu si lelaki dan pasangannya merasa buatan itu dari bekas kekasihnya.
Bukan memfitnah kata mereka. Namun, lihat pada benda yg telah terjadi.
:
Si lelaki tiba2 obses dan gila bayang pd perempuan itu.
Si gadis kerap bermimpi kelibat perempuan itu dlm mimpinya dlm keadaaan perempuan itu memandangnya dengan perasaan yg benci dan dendam.
Si lelaki sangat membenci pd bekas kekasihnya dahulu dan secara tiba2 bencinya ditukar kepada si gadis itu.
Si lelaki melawan keluarganya, sebelum ini dia sangat patuh pd keluarganya.
Ustaz mengatakan sihir itu dihantar oleh perempuan yg mencintai si lelaki itu dan ingin membuatkan si lelaki kembali padanya.
* Maaf, banyak lagi cerita disebalik kisah ini, namun aku hanya meceritakan yg mana penting.
Manusia, sanggup berbuat apa saja demi kepuasan diri. Demi kepentingan hawa nafsu sendiri.
Sanggup melakukan apa saja demi benda yg dihajatinya.
Ini kisah insan pertama, kisah insan kedua dan ketiga akan aku ceritakan kelak.

No comments:
Post a Comment