Aku beri hati aku.
Pada kau.
Berharap yang kau jaga.
Dengan sepenuh hati kau.
Akhirnya,
Kau dah hancurkan.
Aku rindu kau
Tapi aku tak luah
Aku pendam.
Sebab aku tahu
Kau tak pernah nak hargai rindu aku.
Gembira ?
Aku pura pura je.
Senyum tu ?
Haha, aku tipu kau sebenarnya.
Kau tak tahu.
Dalam hati aku.
Satu benda.Yang telah hancur.
Bila aku rindu,
Aku pendam.
Tapi,
Bila aku dah lama
Sangat pendam
Aku takut
Rindu akan menjadi benci.
Ingat lagi mesej kau
Masih aku simpan
Bila rindu aku baca
Tak sedar air mata jatuh
Kau kini tak seperti dulu lagi
Benci perasaan ini.
Kau tak pernah
Cuba untuk mengerti
Apatah lagi memahami
Mungkin
Apa yang aku minta
Cukup keterlaluan bagi kau
Walau sekadar cuma perhatian
Aku tahu
Move on tidak mudah seperti
Apa yang dibualkan.
Tapi,
Demi menjaga hati ini
Dari terus ditusuk oleh pisau
Lebih baik move on.
Dahulunya kau lain
Sekarang kau lain,
Mengapa?
"Manusia Sering Berubah"
Ya aku tahu tu,
Tapi, diri kau yang dulu
Aku lebih suka.
Bila aku perhatikan
Aku yang over kejar kau
Tapi kau?
Apa kau buat?
Kau hanya duduk diam
Tanpa buat apa apa.
Ok, aku pergi.
I miss how happy I was with you.
Bila satu saat
Kau terpaksa melepaskan
Orang yang paling kau sayang
Kau tak tahu
Macam mana aku
Nak kawal perasaan sebegini
Sakit, sayang.
Jenis yang susah sayang ni :
Bila dia sayang
Dia sayang sangat
Tapi,
Bila dah sekali luka
Makan masa yang lama
Nak pulih kembali.
Susah.
Senyum.
Aku senyum
Disebalik senyuman aku,
Ada kesedihan yang aku simpan.
Simpan untuk selama lamanya.
Tidakkah kau
Merasa sepertiku
Sakit,
Perit,
Sedih,
Kerana terlalu rindu.
Teringat dulu,
Waktu kita ketawa bersama.Aku rindu.
Kadang,
Aku sendiri tak tahu apa
Jadi dengan aku sekarang
Hati aku hancur berkecai
Sebab kau
Kau akan menyesal
Sebab dah sia-sia kan.
Orang yang betul-betul
Sayangkan kau.
Aku penat dgn semuanya,
Aku tak tahan.
Biarlah,
Kali ini aku puaskan diri,
Dengan tangisan,
Yang teresak-esak.
Jujur,
Aku terlampau penat

No comments:
Post a Comment